Peneroka Felda bakal mendapat bantuan RM300 sempena Hari Raya Aidil Fitri kali ini.
Menurut Astro Awani, perkara itu disahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini di Jepun untuk lawatan kerja rasmi.
Mahathir berkata bantuan itu diberikan selepas mengambil kira masalah kewangan yang dihadapi peneroka.
“Ya, kami akan memberi (bantuan) kepada mereka. Kerajaan akan membelanjakan RM34 juta, tetapi memandangkan mereka sedang menghadapi masalah, maka kami sanggup berbuat demikian.
“Tetapi golongan peneroka haruslah ‘deliver’. Jangan mengambil buah yang mereka tidak tanam,” katanya seperti dipetik.
Pekeliling Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bocor hari ini menyatakan Kabinet telah bersetuju untuk memberikan bantuan itu kepada 112,635 peneroka.
Selain itu, peneroka juga bakal menerima pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil sebelum 5 Jun ini - seperti yang telah dijanjikan kementerian itu sebelum ini.
Dalam pada itu, Mahathir berpesan kepada peneroka agar menjual buah kelapa sawit mereka kepada Felda, bukan kepada pihak lain.
“Kerajaan memberi bantuan, dan sebenarnya ia berbentuk pinjaman. Akhirnya, apabila pokok itu menghasilkan buah, kita mengharapkan ia akan dihantar ke kilang yang sesuai, tetapi mereka menghantarnya ke kilang lain, dan mengambil duit. Itu adalah salah,” katanya lagi seperti dipetik.
0 Response to "Akhirnya... Peneroka Felda dapat duit raya RM300"
Post a Comment