Mana Khalid, usik Najib
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak mengusik bertanya ke mana perginya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang tidak muncul-muncul sewaktu beliau datang ke Shah Alam sebentar tadi.
Melalui Facebooknya, Najib yang kerap kali menjadikan Khalid sebagai bahan usikan berkata, Menteri Wilayah Persekutuan tersebut yang digelarnya ‘Tauke Harapan Coin’ mungkin tengah sibuk.
“Biasanya saya minta orang tag saya lepas bergambar. Ni (gambar ini) tolong saya tag Khalid Samad sekali ok.
“Tadi saya masuk kawasan dia nak berjumpa. Tapi tak nampak pulak Khalid kat Kompleks PKNS Shah Alam. Tauke Harapan Coin sibuk kot,” usik bekas Perdana Menteri itu.
Terdahulu, laungan “Malu apa bossku” bergema di Kompleks PKNS Shah Alam sebaik sahaja Najib tiba.
Bekas Perdana Menteri itu tiba 3.30 petang dan menghabiskan lebih sejam untuk beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung di pusat beli-belah itu.
Ahli Parlimen Pekan itu turut singgah di beberapa kedai dansempat membeli kain pelikat untuk keperluan raya.
0 Response to "Bossku turun Shah Alam"
Post a Comment